Pekan Baling
Pekan Baling merupakan syurga
membeli-belah kepada kaki shopping seperti biras aku heheh... ada aje yang
dibelinya. Kedai kain semakin bertambah, kedai pakaian pun banyak dan murah.
Peralatan dapur dan pinggan mangkuk
carilah di pekan lama. Walaupun pilihannya tak sebanyak di Langkawi tetapi
shopping di Baling lebih berbaloi daripada Padang Besar/ Bukit Kayu Hitam.
Jimat sikit tambang feri pergi balik Langkawi.
Pasar Tani hari Rabu lebih meriah darpada pekan
Ahad. Hari Sabtu pasar malam di pekan Baling, hari Jumaat di pekan Kupang.
Pusat perniagaan selain pekan Baling ialah Kupang dan Batu 42.
Ulu Legong
Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong
adalah salah satu tarikan pelancongan yang terkenal di daerah Baling. Mula
beroperasi sejak Tahun 1998 lagi, lokasinya di Mukim Siong kira-kira 22km dari
Pekan Baling.
Aku pun dah lama tak ke sini. Kali
terakhir aku pergi ada tiga buah kolam; untuk dewasa, kanak-kanak dan satu lagi
berpagar, sangat panas! Tetapi aku dengar ia digunakan askar yang dalam latihan
komando untuk berenang di situ huhuhu... siapa berani mengata mereka tak hebat?
sesiapa yang dok mencaci komando/askar kita tu elok rendam je dalam kolam yang
ini, rebus t*** dia. Jadi keyboard warrior memanglah senang.
Pusat rekreasi ini dibuka 24 jam
dengan mengenakan sedikit bayaran. Waktu malam terutama di hujung minggu tempat
ini meriah dengan pengunjung yang ramai. Penginapan jenis VIP, standard dan
dormitori juga disediakan.
Pusat Rekerasi Air Panas Ulu Legong
09100 Baling Kedah
Tel : 04-4721548, 04-4731024,
04-4731025
Faks : 04-4731026
Emel : prapul@mdbaling.gov.my
Rafting/tubing (Rakit Pelampung)
Untuk mereka sukakan aktiviti luar
yang mencabar boleh mencuba aktiviti rafting ini sejauh 20 kilometer dari
Sungai Siong sehingga Sungai Baling melalui Sungai Ketil. 20 km tu dalam dua
jam aje jika arus agak deras. Adakah ia mencabar seperti di Sungai Kampar? Atau, agak relaks seperti
Pattalung?
Aku ada nampak signboard rafting ni
masa balik kampung Disember lepas tapi tak sempat nak bertanya lanjut. Well...
get ready boys! Mak korang suka sangat rafting nih. Aku nak cuba.
Mendaki Gunung Baling
Aktiviti ini pun aku teringin nak
buat tapi kalau takde kawan tak syoklah. Kawan itu pun kalau jenis advance
climber mesti bosan mendaki dengan aku sebab banyak kali berhenti rehat heheh..
Baling menawarkan aktiviti riadah
yang pelbagai contohnya mendaki Gunung Baling. Pendakian memakan masa 2 jam
hingga ke 3 jam bergantung kepada kecergasan pendaki dengan pimpinan malim
gunung yang berpengalaman. Mesti rasa puas dan seronok kan bila dah sampai ke
puncak, dapat melihat keseluruhan pekan Baling.