Monday, 21 November 2016

AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK

Aktiviti yang menarik untuk yang anda boleh dilakukan di Baling.?



Pekan Baling
Pekan Baling merupakan syurga membeli-belah kepada kaki shopping seperti biras aku heheh... ada aje yang dibelinya. Kedai kain semakin bertambah, kedai pakaian pun banyak dan murah.
Peralatan dapur dan pinggan mangkuk carilah di pekan lama. Walaupun pilihannya tak sebanyak di Langkawi tetapi shopping di Baling lebih berbaloi daripada Padang Besar/ Bukit Kayu Hitam. Jimat sikit tambang feri pergi balik Langkawi.
Pasar Tani hari Rabu lebih meriah darpada pekan Ahad. Hari Sabtu pasar malam di pekan Baling, hari Jumaat di pekan Kupang. Pusat perniagaan selain pekan Baling ialah Kupang dan Batu 42.






Ulu Legong
Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong adalah salah satu tarikan pelancongan yang terkenal di daerah Baling. Mula beroperasi sejak Tahun 1998 lagi, lokasinya di Mukim Siong kira-kira 22km dari Pekan Baling.
Aku pun dah lama tak ke sini. Kali terakhir aku pergi ada tiga buah kolam; untuk dewasa, kanak-kanak dan satu lagi berpagar, sangat panas! Tetapi aku dengar ia digunakan askar yang dalam latihan komando untuk berenang di situ huhuhu... siapa berani mengata mereka tak hebat? sesiapa yang dok mencaci komando/askar kita tu elok rendam je dalam kolam yang ini, rebus t*** dia. Jadi keyboard warrior memanglah senang.
Pusat rekreasi ini dibuka 24 jam dengan mengenakan sedikit bayaran. Waktu malam terutama di hujung minggu tempat ini meriah dengan pengunjung yang ramai. Penginapan jenis VIP, standard dan dormitori juga disediakan.
Pusat Rekerasi Air Panas Ulu Legong
09100 Baling Kedah
Tel : 04-4721548, 04-4731024, 04-4731025
Faks : 04-4731026
Emel : prapul@mdbaling.gov.my




Rafting/tubing (Rakit Pelampung)
Untuk mereka sukakan aktiviti luar yang mencabar boleh mencuba aktiviti rafting ini sejauh 20 kilometer dari Sungai Siong sehingga Sungai Baling melalui Sungai Ketil. 20 km tu dalam dua jam aje jika arus agak deras. Adakah ia mencabar seperti di  Sungai Kampar? Atau, agak relaks seperti Pattalung?
Aku ada nampak signboard rafting ni masa balik kampung Disember lepas tapi tak sempat nak bertanya lanjut. Well... get ready boys! Mak korang suka sangat rafting nih. Aku nak cuba.



Mendaki Gunung Baling
Aktiviti ini pun aku teringin nak buat tapi kalau takde kawan tak syoklah. Kawan itu pun kalau jenis advance climber mesti bosan mendaki dengan aku sebab banyak kali berhenti rehat heheh..
Baling menawarkan aktiviti riadah yang pelbagai contohnya mendaki Gunung Baling. Pendakian memakan masa 2 jam hingga ke 3 jam bergantung kepada kecergasan pendaki dengan pimpinan malim gunung yang berpengalaman. Mesti rasa puas dan seronok kan bila dah sampai ke puncak, dapat melihat keseluruhan pekan Baling.

No comments:

Post a Comment