Restoran popular di Baling?
Kedai makan cili merah
Bukan
sahaja makanan yang disediakan dijual pada harga berpatutan tetapi pelanggan
juga boleh mendapatkan nasi dan air minuman tambahan secara percuma. Itulah
pendekatan yang digunakan pemilik kedai makan Cili Merah, Mad Daud Abdul
Rahman, 50, untuk menarik pelanggan ke kedainya di Kampung Charuk Bemban,
Kupang, Baling, Kedah.
Jelasnya,
pendekatan yang berbeza itu diambil bagi memberikan kepuasan kepada pelanggan
di atas setiap bayaran berpatutan yang dikenakan kepada mereka.
“Saya
mahu pelanggan makan nasi dengan kenyang dan berpuas hati dengan harga yang
dibayar. Sebab itulah, saya menyediakan nasi tambah serta air sirap dan oren
secara percuma. Ini kerana saya mahu mereka gembira menikmati hidangan
berkenaan,” katanya kepada S2 baru-baru ini.
Mad
Daud berkata, sebanyak 75 jenis lauk-pauk dan pelbagai jenis ulam-ulaman
disediakan setiap hari untuk memikat selera pengunjung.
“Selain
lauk-pauk biasa, saya turut menyediakan menu istimewa seperti daging rusa
berempah, puyuh goreng, siput sedut masak lemak, gulai kawah, pelbagai jenis
ikan bakar, udang, sotong dan ketam dengan masakan istimewa.
“Satu
lagi keistimewaan di sini ialah semua masakan disediakan tanpa menggunakan
perasa Ajinomoto dan gula,” katanya.
Kedai
yang beroperasi setiap hari kecuali pada Isnin bermula pada pukul 8 pagi hingga
6 petang itu turut menyediakan nasi ayam dan roti benggali yang dicicah dengan sup
kambing pada sebelah petangnya.
Mencungkil
rahsia daripada tukang masak kedai makan Cili Merah, Norsiah Hashim, 52,
berkata, dia tidak menambah sebarang perasa ke dalam masakan, sebaliknya
menggunakan rempah ratus asli.
“Saya
gunakan cili, bawang, halba, daun kari, halia, lengkuas, serai dan bahan-bahan
yang asli. Selepas itu, saya kisar sendiri kesemua bahan-bahan tersebut dengan
mesin pengisar dan apabila hendak dimasak, saya cukupkan rasa dengan asam
keping, asam jawa dan sebagainya sehingga rasanya sedap dan enak dimakan,” kata
tukang masak yang mempunyai pengalaman selama 13 tahun itu.
Menurutnya
lagi, setiap hari, dia perlu memasak sebanyak 140 kilogram beras untuk 2,000
pelanggan yang berkunjung ke kedai makan Cili Merah.
Dalam
pada itu, Mad Daud menjelaskan, kedai makan tersebut mempunyai 31 orang pekerja
yang merupakan pelajar-pelajar tahfiz bagi membolehkan layanan mesra dapat
diberikan kepada para pelanggan.
“Tenaga
kerja yang ramai ini secara tidak langsung membolehkan pesanan pelanggan dibuat
dengan cepat dan kami menggunakan walkie talkie bagi memudahkan pesanan
diambil,” ujarnya.
Mengulas
mengenai permulaan perniagaannya, dia telah mengusahakan kedai itu sejak
September tahun lalu, dengan modal pusingan sebanyak RM4,000 untuk menyediakan
lauk-pauk sahaja.
“Selain
menyediakan makanan pada setiap hari, saya juga menerima tempahan untuk
sebarang majlis dan acara dengan harga yang boleh dirunding mengikut kemampuan
mereka yang menempahnya,” tambahnya.
Yang
menariknya di kedai makan Cili Merah ini, Mad Daud sentiasa menjaga keselamatan
pengunjung dan kenderaan mereka dengan menempatkan dua orang pekerjanya untuk
menjaga lalu lintas.
Sementara
itu, seorang pelanggan yang ditemui, Shazlin Samsudin, 32, berkata, cita rasa
masakan kampung beserta ulam-ulaman amat memikat hatinya serta keluarganya
untuk menjamu selera di situ.
“Saya
amat mengemari masakan di sini. Paling penting rasanya amat sedap dan menepati
selera walaupun tanpa menggunakan perasa Ajinomoto.
"Saya
pasti akan datang ke sini lagi dengan mengajak rakan-rakan setugas kerana amat
berpuas hati dengan layanan dan kami boleh menikmati sepuas-puasnya aneka
juadah enak di sini," kata kakitangan awam itu.
Kedai
makan Cili Merah sentiasa terbuka untuk menerima pelanggan-pelanggannya yang
terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum yang kebanyakannya orang-orang
kampung, penjawat-penjawat awam dan swasta, sehinggalah orang kenamaan.
Selain
orang-orang biasa, golongan kenamaan juga memilih untuk menikmati sajian enak
di kedai makan Cili Merah, antaranya Kerabat Diraja Perak, Yang Mulia Raja
Datuk Mudzafar Shah Raja Mokhtar.
"Saya
selesa menjamu selera di sini, dan masakannya amat menepati cita rasa saya dan
isteri serta sedap-sedap belaka.
“Saya
pasti akan ke sini lagi dengan mengajak lebih ramai rakan-rakan seperjuangan
untuk menjamu selera dan mungkin akan mengadakan majlis di sini nanti,"
kata Mudzafar Shah.
saya ni kalau balik kampung jarang sangat makan di luar jadi nak rekomen pun susah, nanti tak sedap pula di baling terdapat banyak kedai-kedai yang diusahakan oleh orang kampung
Yang saya syorkan untuk tuan puan di baling? Sudah semestinya daging rebus cicah
air asam dan gulai daging dengan umbut pisang.Sedap! Cucur peneram yang
dijual panas pun sedap gerai-gerai tepi jalan anda mesti tidak menyesal dengan harga yang berpatutan.
No comments:
Post a Comment