Thursday, 17 November 2016

DESTINASI PELANCONGAN BALING KEDAH



PETA NEGERI BALING KEDAH
PETA SYARIKAT PELANCONGAN BALING KEDAH
 
 
Baling (Jawi: باليڠ) ialah sebuah daerah yang terletak dalam Negeri Kedah, Malaysia. Ia bersempadan dengan daerah Kulim di sebelah selatan, daerah Kuala Muda di sebelah barat, daerah Sik di utara, Negeri Perak di sebelah tenggara dan Negara Thailand di sebelah timur laut. Ia mempunyai keluasan sebanyak 1530 kilometer persegi atau 590.32 batu persegi. Dengan keluasan tersebut Baling merupakan daerah yang 
kedua terbesar di Negeri Kedah

 
Lokasi Angensi Syarikat kami
Ezzy Travel Sdn. Bhd
Kampung Tanah Periuk 13B/ 1A
09200 Baling,Kupang,Kedah  
Fax-044987
Tel-044987



TEMPAT-TEMPAT YANG MENARIK DI BALING,KEDAH
  Assalamualaikum dan selamat pagu. Cuti sekolah kembali.. Kemanakah tujuan kita bersama keluarga kali ini? Kita cuma ada seminggu untuk berjalan-jalan jadi pastikan la percutian itu bermakna untuk kita.

Pekan Baling
Pekan Baling merupakan syurga membeli-belah kepada kaki shopping seperti biras aku heheh... ada aje yang dibelinya. Kedai kain semakin bertambah, kedai pakaian pun banyak dan murah.
Peralatan dapur dan pinggan mangkuk carilah di pekan lama. Walaupun pilihannya tak sebanyak di Langkawi tetapi shopping di Baling lebih berbaloi daripada Padang Besar/ Bukit Kayu Hitam. Jimat sikit tambang feri pergi balik Langkawi.
Pasar Tani hari Rabu lebih meriah darpada pekan Ahad. Hari   Sabtu pasar malam di pekan Baling, hari Jumaat di pekan Kupang. Pusat perniagaan selain pekan Baling  ialah Kupang dan Batu 42 (di depan sekolah agama tu).






Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong
Adalah salah satu tarikan pelancongan yang terkenal di daerah Baling. Mula beroperasi sejak Tahun 1998 lagi, lokasinya di Mukim Siong kira-kira 22km dari Pekan Baling.
Aku pun dah lama tak ke sini. Kali terakhir aku pergi ada tiga buah kolam; untuk dewasa, kanak-kanak dan satu lagi berpagar, sangat panas! Tetapi aku dengar ia digunakan askar yang dalam latihan komando untuk berenang di situ huhuhu... siapa berani mengata mereka tak hebat? sesiapa yang dok mencaci komando/askar kita tu elok rendam je dalam kolam yang ini, rebus telur dia. Jadi keyboard warrior memanglah senang.
Pusat rekreasi ini dibuka 24 jam dengan mengenakan sedikit bayaran. Waktu malam terutama di hujung minggu tempat ini meriah dengan pengunjung yang ramai. Penginapan jenis VIP, standard dan dormitori juga disediakan.
Pusat Rekerasi Air Panas Ulu Legong
09100 Baling Kedah
Tel : 04-4721548, 04-4731024, 04-4731025
Faks : 04-4731026
Emel : prapul@mdbaling.gov.my



Berkayak
Di sungai yang sama kita juga boleh berkayak sambil menikmati keindahan alam. Bersantai bersama-sama keluarga dan rakan.










Mendaki Gunung Baling

Aktiviti ini pun aku teringin nak buat tapi kalau takde kawan tak syoklah. Kawan itu pun kalau jenis advance climber mesti bosan mendaki dengan aku sebab banyak kali berhenti rehat heheh..

Baling menawarkan aktiviti riadah yang pelbagai contohnya mendaki Gunung Baling. Pendakian memakan masa 2 jam hingga ke 3 jam bergantung kepada kecergasan pendaki dengan pimpinan malim gunung yang berpengalaman. Mesti rasa puas dan seronok kan bila dah sampai ke puncak, dapat melihat keseluruhan pekan Baling.


Berkelah di Air Terjun Lata Bayu, Lata Bukit Hijau, Lata Celak di Iboi

Dikawasan Baling ada banyak tempat berkelah dan mandi-manda untuk menluangkan masa bersama keluarga.

No comments:

Post a Comment